Thursday, January 7, 2010
ikhsan al_Bukhary
Wednesday, December 30, 2009
Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :
- Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
- Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
- Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.
- Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.
- Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
- Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
- Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.
Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :
- Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
- Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
- Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.
- Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.
- Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
- Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
- Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.
history
Huraikan Faktor kemunculan Empayar Sri Vijaya.
Pengenalan :
- Empayar Sri Vijaya muncul antara tahaun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang , Sumatera.
- Kekuasaan Sri Vijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.
Isi :
Kekuatan Tentera :
- Berjaya menakutkan musuh yang ingin mengugat pentadbirannya. Pentadbiran Sri Vijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikawa.
Peranan Orang Laut :
- Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Sri Vijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Sri Vijaya.
Faktor Ekonomi :
- Sri Vijaya sebagai pusat thalassocraty p,elabuahannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.
- Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
- Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui selat Melaka dan Sunda.
- Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu.
Dasar Perluasan Kuasa :
- Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekkuasaan kerajaan.
Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur :
- Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.
- Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran pusat, wilayah dan daerah.
Hubungan Luar :
- Mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan menghnatar ufti sebagai tanda persahabatan dan menerima ufti daripada kerajaan di bawah taklukannya
Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha :
- Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antara bangsa di Asia Tenggara.
- Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.
Metos :
- Cerita metos mengenai raja kerajaan ini telah menggerunkan pihak musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan sekelilingnya.
Kesimpulan :
- Kemunculan empayar Sri Vijaya bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkaitan.
- Namun begitu akhirnya empayar Sri Vijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
Pengenalan :
- Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
- Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
- Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
- Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
- Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
Agama Hanif :
- Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi :
- Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani :
- Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
Agama Wathani :
- Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
Agama Majusi :
- Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
Agama penyembahan Cekarawala :
- Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
Agama Animisme :
- Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
- Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
- Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Kepercayaan tahyul :
- Kepercayaan tangkal azimat
- Roh orang mati menjadi burung.
- Percaya kepada ahli nujum.
- Percaya kepada ahli sihir.
- Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
- Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
- Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
- Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
Weblog Sejarah STPM 940/1
Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah
Pengenalan :
Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.
Isi-isi penting :
Faktor Pembentukan Negara Bangsa :
Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :
Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan.Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.
Perkembangan Zaman Renaissance :
Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya.
Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan :
Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.
Kemajuan Ekonomi :
Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal.

