Huraikan Faktor kemunculan Empayar Sri Vijaya.
Pengenalan :
- Empayar Sri Vijaya muncul antara tahaun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang , Sumatera.
- Kekuasaan Sri Vijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.
Isi :
Kekuatan Tentera :
- Berjaya menakutkan musuh yang ingin mengugat pentadbirannya. Pentadbiran Sri Vijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikawa.
Peranan Orang Laut :
- Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Sri Vijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Sri Vijaya.
Faktor Ekonomi :
- Sri Vijaya sebagai pusat thalassocraty p,elabuahannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.
- Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
- Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui selat Melaka dan Sunda.
- Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu.
Dasar Perluasan Kuasa :
- Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekkuasaan kerajaan.
Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur :
- Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.
- Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran pusat, wilayah dan daerah.
Hubungan Luar :
- Mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan menghnatar ufti sebagai tanda persahabatan dan menerima ufti daripada kerajaan di bawah taklukannya
Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha :
- Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antara bangsa di Asia Tenggara.
- Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.
Metos :
- Cerita metos mengenai raja kerajaan ini telah menggerunkan pihak musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan sekelilingnya.
Kesimpulan :
- Kemunculan empayar Sri Vijaya bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkaitan.
- Namun begitu akhirnya empayar Sri Vijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.


No comments:
Post a Comment
Salam..you make to involve you study smart and how are you today..you make to involve your cleanlinees..