Weblog Sejarah STPM 940/1
Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah
Pengenalan :
Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.
Isi-isi penting :
Faktor Pembentukan Negara Bangsa :
Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :
Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan.Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.
Perkembangan Zaman Renaissance :
Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya.
Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan :
Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.
Kemajuan Ekonomi :
Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal.


No comments:
Post a Comment
Salam..you make to involve you study smart and how are you today..you make to involve your cleanlinees..