Powered By Blogger

Wednesday, December 30, 2009

Friday, April 11, 2008

Misteri Sumpahan Mahsuri

Kali ini aku nak update pasal kisah-kisah lagenda serta misteri Melayu. Hmm... aku nak stat dengan cerita Mahsuri. Yang aku tahu, dia nie memang cantik. Kalo ada sesiapa ada gambar dia, kasik la kat aku. Boleh aku upload kat sini... Ok, ni ceritanya yang aku dapat dari wikipedia...

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan Mahsuri

Kehidupan awal Mahsuri adalah sewaktu Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada serta kaya di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, kecantikan Mahsuri membawa kepada iri hati dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. Masakan tidak kerana di mana sahaja orang asyik memuji-muji kejelitaannya.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah Yang Menimpa Mahsuri

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri pada ketika itu sedang hamil sewaktu Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan Wan Derus, Mahsuri dikatakan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika itu, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi. Dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kebolehan Deramang bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya juga sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman terus dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih yang membuktikan dia seorang wanita yang suci dari dosa serta kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun melawan. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa.

hehehe...

Male
46 and over

Well I did meet a friend on-line with whom I developed a unbelievable friendship. We spoke for about 4 months before finally meeting in person, she lived 250 miles from my home. We knew it wouldn't be a romantic relationship from the time we met, but we grew closer and closer over the 2 year period that we knew each other. We would meet every other week just about, this went on for close to two years. We both knew the end would come as she was suffering from terminal cancer. No one else in the chat room in LOL knew it tho as she was a very private person. No one there had even seen a pic of her. Then one day this winter she suggested that we should take a cruise since time for her was running out. I agreed and we booked a cruise on the Carnival Line. We went to the Carribean together and spent 7 days basking in the sun on the ship, well as much as we could since she was in a wheelchair but it was a great vacation. Three weeks after we returned, God took my friend from me but I know she is no longer suffering and that she went willingly to meet her maker. I will miss her forever and think about her everyday. Good bye Betty, now it's your turn to look out for me !
OttaGuy

hehehe...



Packages

Sentuhan Manja (2 hrs)
Floral Footbath, Passion Fruit Scrub, Aloe Vera Scalp Massage, Rose Body Mask, Fragrant Flower Bath & Back Massage

Kenangan Manis (2 hrs)
Floral Footbath, Orange Body Scrub,Kaffir Lime Scalp Massage, Yogurt Body Mask, Orange Milk Bath & Herbal Hot Compress

Belaian Jiwa (2 hrs 30 min)
Herbal Steam Bath, Egg & Honey Scrub, Boreh Body Wrap, Herbal Hot Compress & Holistic Body Massage

Puteri Sehari (2 hrs 30 min)
Floral Footbath, Javanese Lulur, Orange Yogurt Mask, ‘Mandi Kepala’ with Coconut Milk, Traditional ’Mandi Bunga’, Spa Manicure & Pedicure

Permaisuri Impian (2 hrs 45 min)
Floral Footbath, Chocolate Body Scrub, ‘Mandi Kepala’ with Coconut Milk, Strawberry Body Mask, Rose Petal Milk Bath, Holistic Body Massage

Tuesday, December 29, 2009

huhuhuhu....

SESI TEMURAMAH MELALUI YAHOO MESSENGER
Ija: Salam Tuan
Ija: Mohon maaf semalam. Ada masalah online. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi ber'chating’ dengan saya semalam.
Haris Fadzlah: Wasalam
Haris Fadzlah: Kembali
Haris Fadzlah: Bagaimana hari ini
Haris Fadzlah: Ok?
Ija: Hari ni ok
Ija: Hari ini saya dan pengerusi nak buat kerja-kerja koperasi.
Haris Fadzlah: oh ok
Ija: Hari Khamis = Hari ini, Hari Koperasi. Saya dah khususkan hari Khamis untuk kerja-kerja Koperasi. Dari perbualan kita semalam, saya dapat banyak tips dan pengalaman dari pengasas koperasi/syarikat yang hebat dari pihak tuan.
Ija: En. Haris. Boleh beritahu saya idea dan pendapat supaya koperasi kami dapat bekerjasama dengan program tuan. Maksud saya, sama ada menjadi mentor kami atau apa sahaja peluang supaya koperasi kami dapat bergerak lebih maju.
Haris Fadzlah: ok
Haris Fadzlah: Bagus cadangan itu
Ija: Bagaimana?
Haris Fadzlah: Kami di Pulau Pinang ada syarikat awam iaitu The RIGHTS (Penang) Berhad
Ija: ok
Haris Fadzlah: Ianya beroperasi di Bayan Baru
Haris Fadzlah: Lepas tu kami juga ada d setiap parlimen di tanah besar dan terdapat ramai ahli usahawan yang terlibat.
Ija: Tanah besar ? Maksud tuan di Seberang Jaya?
Haris Fadzlah: Tanah besar tu maksud saya d Pulau Pinang juga.
Ija: ooooo.. Sebarang jaya la tu.....
Haris Fadzlah: seperti bagan
Haris Fadzlah: kepala batas
Haris Fadzlah: batu kawan
Haris Fadzlah: macam tu la
Ija: oooooooo.....
Haris Fadzlah: Kami juga buat seperti mana koperasi Puan Ija buat.
Haris Fadzlah: Tetapi yang membuat aktiviti-aktiviti perniagaan adalah syarikat-syarikat di bawah bimbingan kami.
Haris Fadzlah: Kami juga memasarkan produk di seluruh negara
Haris Fadzlah: Saya lihat, koperasi puan banyak bekerja dengan usahawan-usahawan.
Haris Fadzlah: Pada pandangan saya, bolehlah salurkan produk-produk mereka kepada kami melalui the Rights Penang tadi
Haris Fadzlah: bagi pasaran di seluruh negara
Ija: oooo..bagusnya........nasib baik saya boleh chat ngan En. Haris....
Haris Fadzlah: dan banyak lagi
Haris Fadzlah: Kami juga ada Kad Keahlian the rights yang mana koperasi u boleh pasarkan kepada semua anggota koperasi lain di Pulau Pinang.
Haris Fadzlah: Cuba lihat link ini http://sufyan-websitepribadiku.blogspot.com/
..

hehehehe...

Salam...Di sini sy ingin memperkenalkan jumlah usahawan yg menceburi dalam bidang perniagaan terdiri daripada pangkat-pangkat yg terkernal oleh kayawan muda yg berjaya...Contoh pasaran yg diniagakan olen oleh mereka ialah yasasan Al-Bukhary yg memperkenalkan Kasut bola,model pakaian yg berkaitan dgn sukan...populasi pasaran skrang menarikm pelancong dtg untuk membelinya..Hasilnya,usaha usahawan menjual pelbagai jenis peralatan sukan kini berkuatkuasa dengan syarikat antarabangsa...Perantaraan selalu dieksport oleh Korea,Italia,Brazil dan seumpamanya lagi...Hal yg demikian kita rakyat malaysia hsruslah mencontohi mereka dengasn semangat serta dorongan pemborong dan penjual yg lain.....

huhuhu.....

Salam...Di sini sy ingin memperkenalkan baju nike, adidas yg kini hangat diperkatakan dengan design yg menarik serta snang didapati dipasaran..Kebanyakan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat...Ia telah menjangkaui pasaran ke luar negara..Kualiti nya juga dijamin tahan lama, dan sukar luntur warna..hehehe...

hehehe....

Salam..sy di Ingin memperkenalkan perfume one drop yg kini telah dibuka di seliruh malaysia...Ia juga menarik minat pelanggan untuk lebih bergaya dan lebih menawan.Tambahan pula harga sebotol 2 kadangkala 5ringgit sebotol..Kebanyakan one drop ni diedarkan oleh ejen terus kepada peruncit...