Powered By Blogger

Monday, February 1, 2010

kepahlawanan melaka

Pembentukan Ekonomi Moden

SOALAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?
Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu,dan mempunyai budaya yang tersendiri.
Bagaimanakah keadaan ini wujud di negara kita?
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan.
Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh.
Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh.
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai.
Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran.

SOALAN 2
Apakah kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing.
Kesan yang kedua akibat kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu.
Kesan yang ketiga ialah kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden.
Kesan yang keempat ialah kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat. Kesan yang kelima ialah menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.
Kesan yang keenam ialah pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza.
Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan pengasingan kaum.

SOALAN 3
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi perdagangan?
Ekonomi perdagangan bermaksud pelaksanaan ekonomi yang menghasilkan barangan untuk dijual dan dieksport. Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan lain.
Apakah kesan akibat perkembangan ekonomi perdagangan di Tanah Melayu?
Kesan Perkembangan ekonomi perdagangan ialah pertambahan penduduk kesan daripada penghijrahan kaum asing dari India dan China.
Kesan yang kedua ialah wujud masyarakat majmuk yang mengamalkan kegiatan ekonomi, kebudayaan dan agama masing-masing.
Kesan yang ketiga ialah pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain.
Kesan yang keempat ialah taraf hidup penduduk tempatan meningkat dengan adanya pelbagai aktiviti ekonomi.
Kesan yang kelima ialah sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang. Ini memudahkan penghantaran barang-barang eksport ke pelabuhan.
Kesan yang terakhir ialah perkembangan perindustrian tempatan berdasarkan bahan mentah bermula di Tanah Melayu.

SOALAN 4
Nyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi moden terhadap orang Melayu.
Kesan ekonomi moden terhadap orang Melayu ialah orang Melayu mula dipengaruhi oleh arus pembangunan ekonomi antarabangsa. Pengenalan ekonomi wang oleh Britain menjadikan wang satu keperluan kepada golongan petani. Akibatnya mereka mula menanam tanaman jualan.
Kesan yang kedua ialah petani Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah.
Kemajuan ekonomi yang tidak sama rata, kemudahan asas hanya terdapat di bandar.
Peningkatan kadar hutang di kalangan petani. Di luar bandar tidak terdapat institusi kewangan, mereka meminjam wang daripada orang tengah.
Para petani terpaksa menjual tanah mereka untuk menjelaskan pinjaman. Ini menyebabkan mereka mula kehilangan tanah tradisional mereka, dan hidup dalam kemiskinan.

SOALAN 5
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu ialah perkembangan perusahaan perlombongan telah menyebabkan kemunculan bandar baru seperti Taiping dan Miri.
Faktor yang kedua ialah perkembangan pertanian dagangan seperti getah dan lada hitam. Contohnya Seremban dan Kuching. Faktor yang ketiga ialah kemajuan sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan keretapi. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas.
Faktor yang keempat ialah keperluan kepada pusat perdagangan,kewangan dan pentadbiran sejajar dengan perkembangan ekonomi moden. Contohnya Kuala Lumpur, dan Johor Bharu.
Faktor yang kelima ialah peluang pekerjaan yang wujud di bandar menyebabkan penghijrahan penduduk berlaku, contohnya pendatang Cina dan India. Bandar itu seperti Kuala Lumpur dan Ipoh.

SOALAN 6
Huraikan faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia.
Faktor yang membantu pertumbuhan bandar baru di Malaysia ialah perkembangan sektor perlombongan, dan penghijrahan buruh Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu. Contohnya bandar Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban).
Faktor perkembangan pertanian dagangan, industri getah serta tanaman gambir, lada hitam dan nanas juga turut membantu pertumbuhan bandar Pontian, Pekan Nanas di Johor dan Kuching di Sarawak.
Penemuan petrolium di Sarawak menjadikan Miri muncul sebagai bandar baru akibat pertumbuhan penduduk.
Bandar baru juga muncul akibat dihubungkan dengan sistem perhubungan baru seperti jalanraya, keretapi dan sebagainya. Contohnya Kuala Lumpur dan Gemas.
Bandar baru juga muncul akibat peningkatan bilangan penduduk. Peningkatan itu adalah akibat proses imigrasi luar bandar ke bandar, dan kemasukan pendatang dari Cina dan India. Menurut banci terdapat 92 buah bandar (1911) dan menjadi 176 buah bandar(1931).
Pertumbuhan bandar baru berlaku akibat peningkatan fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan dan perusahaan serta pusat perdagangan antarabangsa.
Bandar baru juga muncul untuk memenuhi dan menyelaraskan keperluan ekonomi dan keperluan daerah seperti cawangan baru pejabat pentadbiran di Pejabat Jajahan seperti Tapah, Jesselton dan Kuala Kubu Bharu.

SOALAN 7
Dengan berdasarkan contoh-contoh, jelaskan kesan-kesan daripada perkembangan bandar-bandar baru di Malaysia.
Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru
Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik.
Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825).
Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang.
Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas yang lengkap.
Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru.
Kesan yang negatif ialah bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul.
Kesan negatif yang lain ialah bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak).
Kesan negatif yang lain ialah berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar , dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar.
Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain.
Kesan negatif yang lain proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang.

SOALAN 8
Kerajaan British membiarkan orang Melayu terus kekal dalam sektor ekonomi tradisional. Berikan sebab-sebab orang Melayu dikekalkan dalam ekonomi tradisional ?
British membiarkan orang Melayu dalam sistem ekonomi tradisional untuk mengelakkan wujudnya saingan atau ancaman terhadap ekonomi dan politik British.
Kerajaan Inggeris khuatir penglibatan orang Melayu dalam perladangan getah akan menyebabkan pengeluaran berlebihan dan kejatuhan harga. Mereka tidak mahu orang Melayu bersaing dengannya.
British juga ingin mengekalkan orang Melayu sebagai pembekal makanan, ini dapat menjimatkan mengimport beras dari luar.
Pihak Inggeris juga tidak mahu melibatkan orang dalam kegiatan ekonomi moden yang terdedah kepada turun naik harga. Ini mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu yang boleh menggugat kedudukan Inggeris.
Pihak Inggeris juga ingin mengelakkan perpaduan dan pakatan rakyat daripada menentang penjajah melalui strategi atau dasar `pecah dan perintah'.

SOALAN 9
Kenapakah Inggeris mewujudkan Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) ?
Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah tersebut untuk mengekalkan hak milik tanah orang Melayu. Perkembangan industri getah menyebabkan pengusaha ladang membeli banyak tanah orang Melayu.
Pihak British juga bimbang survival orang Melayu akan terancam dan bangun menentang penjajah.
Akta Tanah Simpanan Melayu (1913) telah menentapkan bahawa Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
Pihak Inggeris memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu juga untuk mengekalkan orang Melayu dalam sektor ekonomi tradisional selaras dengan dasar `pecah dan perintah' iaitu memastikan tidak wujud perpaduan kaum.
Akta Tanah itu juga bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu dalam sektor pertanian padi bagi menampung keperluan penduduk asing yang terlibat dalam bijih timah dan getah di Tanah Melayu.
Akta tanah itu juga untuk menjamin kebajikan dan kepentingan orang Melayu, di mana di bawah sistem Torrens, pelabur asing diberi kebebasan membeli tanah daripada orang Melayu menyebabkan ramai kehilangan tanah dan tempat tinggal.

Thursday, January 7, 2010

ikhsan al_Bukhary

Salam..di sini sya ingin mempromosikan serta mengiklankan product mengenai pakaian dan kasut dalam kedai yg paling menarik hati setiap pelanggan di ikhsan Al_Bukhary...

Wednesday, December 30, 2009

sufyan fc

Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :

  • Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
  • Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
  • Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.
  • Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.
  • Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
  • Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
  • Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.

history

Huraikan Faktor kemunculan Empayar Sri Vijaya.

Pengenalan :

  1. Empayar Sri Vijaya muncul antara tahaun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang , Sumatera.
  2. Kekuasaan Sri Vijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.

Isi :

Kekuatan Tentera :

  • Berjaya menakutkan musuh yang ingin mengugat pentadbirannya. Pentadbiran Sri Vijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikawa.

Peranan Orang Laut :

  • Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Sri Vijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Sri Vijaya.

Faktor Ekonomi :

  • Sri Vijaya sebagai pusat thalassocraty p,elabuahannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.
  • Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
  • Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui selat Melaka dan Sunda.
  • Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu.

Dasar Perluasan Kuasa :

  • Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekkuasaan kerajaan.

Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur :

  • Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.
  • Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran pusat, wilayah dan daerah.

Hubungan Luar :

  • Mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan menghnatar ufti sebagai tanda persahabatan dan menerima ufti daripada kerajaan di bawah taklukannya

Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha :

  • Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antara bangsa di Asia Tenggara.
  • Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.

Metos :

  • Cerita metos mengenai raja kerajaan ini telah menggerunkan pihak musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan sekelilingnya.

Kesimpulan :

  • Kemunculan empayar Sri Vijaya bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkaitan.
  • Namun begitu akhirnya empayar Sri Vijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.